In May 2014, I wrote an article about the financial problems faced by one of the private medical college in this country. Three of the twinning universities had already pulled out. The one which was still going on was their own degree and UKM degree. Finally, the verdict is OUT.
Early this week, I received an info from my friend in UKM that the AUCMS UKM program is in trouble. I heard that MMC likely will not accreditate the program and students will be in limbo.It will leave close to 300 students jobless. There was an emergency meeting between MOE and UKM to decide on the fate of these students. The D-Day was 15/08/2014. There were also government sponsored students in AUCMS.
Yesterday, UKM has decided to absorb all these students into their campus! UKM had to take the responsibility to what has happened. It was them who allowed an unknown university to run their program. Obviously, they would not want their reputation and degree to be badly affected. The students have to thank their lucky stars. If not, they would be left with no degree and no job!
Will UKM end up in trouble with this arrangements? I am not sure. MMC decides on the number of students that a university can take. I was given these numbers by one of the commentator in this blog:
Number of studdents in UKM (AUCMS in bracket):
Year 2: 163 (+110) = 273
Year 3: 215 + 48(UNPAD) + 75 (AUCMS) = 338
Year 4: 201 (+59) = 260
Year 5: 233 (+46) = 279
This is way off the figure that UKM can cope(especially Year 3). Would this lead to their degree being questioned especially by external bodies. Will Singapore Medical Council de-recognise UKM degree? How many parents will start making noise, in UKM accepting these students via “back door” when so many students could not get a place in local universities? Only time will tell.
This is one of the reason why I had always advised students to choose wisely. Please do not fall into the trap of entering a course which is yet to be accredited by MMC. It is a risk that you will have to take. By the time you realise, it might be too late. Many budding students came to this blog and emailed me about the generosity of some colleges giving them scholarship and loans to complete their study. I had always cautioned them. I had also always cautioned students on “unreliable info/promises” given by certain colleges. I write facts in this blog but many refuse to believe.
I read an interesting letter in Malaysia Insider yesterday (see below). It was written by a student who has questioned why JPA has stopped offering automatic scholarship to ALL medical students in public universities. Many years ago, all students were given JPA scholarship. It is up to you whether to accept it or not. Over the last 2-3 years, students were given an option between JPA scholarship and PTPTN loan. Based on this letter, JPA has stopped giving automatic scholarship. JPA has also stopped sending medical students overseas except for the top 50 students. However, MARA still sends students to do medicine overseas!! Ironic!
Is this a prelude to the fact that job is not guaranteed in the future? AS a JPA scholar, you will be bonded with the government. This means, the government must provide you with a job.
Well, in one way, some of these happenings will reduce the number of graduates slowly. With AUCMS closing 4 of their programs, there will be a reduction of close to 400-500 graduates annually. BUT then, other colleges may continue to increase their numbers. Whatever it is, we are still in a mess!
Mara, pelajar perubatan luar negara lagi baguskah? – Wan Salman Wan Sallam
Published: 15 August 2014
Saya secara peribadi menahan saja perasaan daripada meluahkan pendapat peribadi tentang polisi baharu pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar perubatan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Polisi terbaharu itu ialah pelajar perubatan IPTA, bermula dengan kemasukan 2013/14 tidak lagi akan mendapat biasiswa JPA secara ‘de facto’ automatik.
Walaupun saya sendiri berjaya mendapat biasiswa tersebut, namun saya tetap kurang berpuas hati dengan sikap JPA yang langsung tidak memberi notis kemungkinan ini sebelum keputusan UPU tahun lalu. Walaupun benar JPA tidak pernah menjamin keautomatikan biasiswa perubatannya, polisi JPA yang selama ini sentiasa menwarkan biasiswa ‘automatik’ saban tahun pastilah membolehkan kita menganggap JPA akan terus melakukannya untuk tahun mendatang melainkan ada notis JPA untuk tidak meneruskannya.
Saya cuba melihat pada sudut positif; memandangkan pembinaan hospital tidak serancak pembinaan fakulti perubatan, saya dapat menganggap ada petanda kerajaan sendiri mungkin tidak dapat menguruskan ramai graduan perubatan akan datang. Malah pembekuan pembinaan fakulti perubatan IPTA mahupun IPTS juga bermula buat masa ini.
Sungguhpun begitu, saya lebih terkilan apabila membaca laporan berita Utusan yang menyatakan Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan meneruskan penajaan pelajar bidang perubatan ke luar negara. Mengapakah Mara begitu beria-ia malah kelihatan berbangga dapat menaja pelajar perubatan ke luar negara?
Tanpa menafikan kecemerlangan pelajar tajaan Mara, saya melihat kerajaan amnya seharusnya juga melihat nasib pelajar perubatan dalam negeri, IPTA terutamanya yang saya kira setanding kecemerlangannya dengan pelajar luar negara dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bukan itu saja, rata-ratanya mereka juga amat cemerlang juga dalam program persediaan (contohnya Matrikulasi KPM, Asasi IPTA, PASUM dan STPM).
Bahkan yang ditaja kerajaan ke Timur Tengah contohnya, universiti mereka malah tidak menjadikan kelulusan program persediaan pun ada! Hendak sambung perubatan dalam negeri sangatlah susah dengan syarat kemasukan dan persaingan dahsyatnya, tetapi yang ke luar negara dengan syarat kemasukan lebih mudah ditaja pula. Bagaimanakah pertimbangan dibuat dalam keputusan ini sebenarnya?
Bukan itu saja, kerajaan sendiri mengakui jika ingin mengamal perubatan di Malaysia, amalan klinikal adalah lebih baik dijalankan dalam negeri berbanding luar negara atas faktor penolakan pesakit dan demografi penyakit. Pihak MQA sendiri juga menetapkan syarat ketat untuk akreditasi fakulti perubatan, maka adakah fakulti perubatan yang sekian banyak di Malaysia ini masih tidak dapat menampung keperluan graduan perubatan?
Tentang kos pula, menganggung seorang pelajar perubatan di negara benua Eropah memakan belanja hampir RM1 juta, jika tidak lebih! Apa rasionalnya menangung lagi dengan kos ini sedangkan kerajaan juga memberikan subsidi amat tinggi untuk menampung pengajian perubatan di IPTA? Lebih baik sempurnakan subsidi dan pemberian biasiswa pelajar IPTA semuanya daripada menaja ke luar negara.
Saya difahamkan bentuk ‘tajaan’ Mara bukanlah tajaan penuh, tetapi merupakan pinjaman boleh ubah. Apa kurangnya pelajar IPTA untuk tidak ditawarkan pinjaman yang sama? Bahkan kosnya lebih murah memandangkan IPTA bukanlah dasarnya mengaut keuntungan.
Jika Tan Sri Annuar Musa berpendapat bakal doktor perubatan ini berpeluang bergaul dengan orang luar negara, Mara mahu jadikan mereka doktor atau negarawan berjiwa rakyat? Mungkin juga Mara teringin melahirkan sosok seperti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang belajar perubatan di Ireland dan kini menjadi presiden PKR. Namun kita juga ada Tun Dr Mahathir Mohamad yang belajar di Universiti Malaya dan juga merupakan perdana menteri paling lama di Malaysia!
Untuk kerajaan, JPA terutamanya, ingatlah pelajar dalam negeri lebih setia berkhidmat untuk Malaysia. Buat yang mendapat tajaan luar negara, saya ucapkan tahniah dan berazamlah untuk kembali berbakti buat negara kita.
Untuk Mara pula, kebanyakan pelajar perubatan IPTA yang tidak mendapat biasiswa ini Bumiputera juga. Ada antara mereka hanya makan sekali sehari dan perlu menanggung kos buku teks yang hampir beribu harganya.
Cukuplah dengan polisi pilih kasih ini. Mara walaupun berasingan dengan JPA, kedua-dua agensi dan jabatan ini milik kerajaan juga. Sepatutnya wujud persefahaman den kesegerakan dalam polisi tajaan ini dengan bantuan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan.
Akhir sekali, mengapa ingin menyusu anak sampai ke luar negara jika susu di rumah sendiri lebih murah, berkualiti dan cukup untuk anak-anak? – 15 Ogos, 2014.
* Penulis ialah pelajar perubatan Universiti Sains Sains Islam Malaysia.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.




