The news below appeared in Berita Harian today http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kapastertinggaldalamhidung/Article/ . If you all remember, just a few weeks ago I did bring up an issue of poor regulation to monitor the so-called foreign trained “specialist”. The government has now allowed doctors (Malaysians) who have been in service for 10 years and more overseas to return to the country without the need for compulsory service. Previously they still need to do the 3 years compulsory service and during this time, they are put under supervision and then properly gazetted as a specialist by MOH.
Unfortunately now, anyone can come back and claim that they are a specialist and can practise in private hospitals and clinics. MMC only gives them the license to practise as a doctor but NOT as a specialist. That was the reason the National Specialist Register(NSR) was created in 2006 to register all specialists in the country BUT again, it is not compulsory. It will become compulsory only after the Medical Act 1971 is amended. The amendment of the medical act suppose to have happened in 2009 but till today it has not reached the Parliament!
So now, it is up to the respective hospitals to credential them as a specialist!! definitely this is biased. All private hospitals are profit driven and what they look at is the money. Whatever screw-ups the doctors do is up to the doctor to handle. The hospital has made the money anyway! So, some of these hospitals have started to recruit so-called foreign trained “specialist” from certain particular country to practise freely in their hospital without any supervision and without proper credentialing. The case below is an example of what is happening. Even before this, I have already heard some horror stories. If your vision is good, you can see the hospital’s name!
The situation will only become worst when the government liberalise the health sector and invite foreign doctors to set up hospitals and clinics in Malaysia!!
God save the rakyat!
Kapas tertinggal dalam hidung
Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof bhjb@bharian.com.my 2012/04/04
Pelajar dakwa sakit pada bahagian pernafasan, tekak selepas dibedah JOHOR BAHRU: Seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terkejut apabila mendapati segumpal kapas sepanjang tujuh sentimeter (cm) tertinggal dalam hidungnya, selepas seminggu menjalani pembedahan hidung bagi merawat masalah sinus di sebuah hospital swasta di sini. Siti Khadija Aziz, 24, berkata, beliau menjalani rawatan pada 14 Mac lalu selepas mengalami selsema dan sakit tekak sebelum doktor hospital berkenaan mengesahkannya mengalami sinus dan perlu menjalani pembedahan segera.
“Susulan cadangan itu, saya menjalani pembedahan hidung keesokannya. Sepanjang tempoh selepas pembedahan, saya mula merasakan kesakitan pada bahagian pernafasan hidung hingga ke tekak selain kerap berlendir dan berdarah. “Selain itu, saya juga mengalami kesukaran bernafas apatah lagi selepas pembedahan, doktor berkenaan tidak membenarkan proses pernafasan melalui hidung dilakukan. Saya juga sukar bercakap selain kedua belah telinga selalu gatal. “Jika bercakap, suara saya menjadi sengau sehingga ramai bertanya apa yang berlaku hingga saya malu untuk berkomunikasi dengan rakan dan ahli keluarga yang lain,” katanya ketika ditemui, semalam. Katanya, susulan kejadian itu pada 20 Mac lalu, beliau kembali mendapatkan rawatan susulan di hospital berkenaan dan memberitahu segala masalah yang dihadapinya tetapi doktor terbabit mendakwa keadaan itu adalah normal dan hanya memerlukan rawatan biasa. “Selepas pulang daripada hospital, saya masih rasa sakit seperti sebelum ini selain kesukaran bernafas dan kerap keluar darah dan lendir dari hidung. “Keadaan itu berlarutan hingga pada 23 Mac, saya tidak tahan lagi dengan kesakitan itu lalu menghembus nafas agak kuat melalui hidung dan apa yang mengejutkan, segumpal kapas bercampur darah dan lendir keluar melalui hidung. “Selepas bahan asing itu terkeluar, pernafasan saya kembali normal dan boleh bercakap tanpa mengeluarkan suara sengau seperti sebelumnya.
Pada 25 Mac, saya bertemu dengan dengan doktor terbabit dan menunjukkan kapas berkenaan,” katanya. Bagaimanapun, katanya, doktor terbabit tidak menjelaskan penemuan gumpalan kapas itu, sebaliknya meneruskan rawatan seperti biasa dan cuba mengalih perhatian ketika persoalan mengenai kapas itu diajukan. Sehubungan itu, katanya, beliau membuat laporan di Balai Polis Johor Bahru pada 28 Mac lalu selepas mengeluarkan perbelanjaan pembedahan dan rawatan kira-kira RM13,150.
Leave a Reply